fbpx

Tiada keperluan maklum kepada TKKR – MAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAM menjelaskan dana yang diberikan oleh KBS adalah bantuan kepada pelumba dan tiada kaitan dengan penajaan pasukan.

PERSATUAN Permotoran Malaysia (MAM) menjelaskan pihaknya tidak ada keperluan untuk memberitahu pihak ketiga mengenai dana bantuan yang disalurkan kepada pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin baru-baru ini.

Prinsipal TTKR, Bobie Farid Shamsuddin dilihat kurang senang dengan tindakan MAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilihat membelakangi selepas tidak diberitahu mengenai dana tersebut telah diberikan kepada pelumbanya, Kasma secara terus.

Difahamkan, Kasma telah menerima dana bantuan kewangan berjumlah RM52,000 dari KBS melalui MAM.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana bantuan kewangan kepada Kasma Daniel melalui MAM pada bulan September 2020.

“MAM menerima surat kelulusan daripada pihak KBS berkenaan dana bantuan kewangan (bukan penajaan) atas nama Kasma Danial. Pihak MAM telah memberitahu Kasma dan ayah beliau berkenaan kelulusan tersebut.

“Mengikut ketetapan surat kelulusan dari KBS, pihak MAM hanya perlu memaklumkan kepada Kasma Daniel sebagai penerima dana itu sahaja. Pihak MAM tidak berkewajipan untuk memberitahu mana-mana pihak ketiga kerana surat ini tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

“Dalam kelulusan bersyarat daripada pihak KBS,  MAM perlu memastikan penerima dana iaitu Kasma Daniel mematuhi garis panduan peruntukkan iaitu salah satunya memberi pengiktirafan kepada Kerajaan,” kata MAM dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, MAM turut menjelaskan video ucapan terima kasih yang dimuat naik Kasma semalam telah mendapat kebenaran.

“Berkenaan dengan video, pihak MAM telah mendapatkan persetujuan dan kebenaran dari pihak KBS, Kasma dan ayah beliau.

“Tanggung jawab pihak MAM hanya berkenaan dengan permohonan, kelulusan dan penyaluran dana bantuan terhad kepada penerima iaitu Kasma Daniel sahaja. Apa-apa urusan berkenaan pasukan ialah antara pelumba dan pasukan itu sendiri,” tambahnya.

Selain itu, difahamkan seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah turut menerima bantuan dana dari KBS namun jumlah tersebut tidak diketahui. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI