fbpx

Tarikh lain PRK Batu Sapi akan ditetapkan – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan apa-apa urusan yang telah bermula bagi proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tidak akan diteruskan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, satu tarikh lain akan dtetapkan bagi PRK berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

“Pengisytiharan Proklamasi Darurat itu bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.185 Batu Sapi, Sabah,” katanya.

Al-Sultan Abdullah hari ini mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan bertitah supaya PRK Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

SPR sebelum ini menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh pengundian bagi PRK Batu Sapi manakala, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 23 November ini dan tarikh undi awal pada 1 Disember depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI