fbpx

Didakwa tipu pelaburan RM38,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung satu pelaburan tahun lalu.

Tertuduh Tan Chee Hoo,44, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu Chue Sow Mei, 44, dengan memperdayanya, tertuduh akan memberikan keuntungan dalam pelaburan X Wallet dan dengan curangnya telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM38,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah, Kondominium Sri Desa, Jalan Klang Lama antara 5 dan 6 November 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak maksimum 10 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan cara penipuan, mengalihkan harta milik mangsa dan jumlah sama yang telah dimasukkan ke dalam akaun RHB milik tertuduh pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan pilihan itu, pendakwaan dikemukakan 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lim tahun atau denda atau keduanya-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Choo Yi menawarkan jaminan RM12,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Edmond Teh yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah selain memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Mohamad Fared membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Januari 2021 untuk sebutan semula kes. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI