fbpx

K2

Giliran kafe farmasi Centro Maxx ‘pikat’ orang Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kafe akan melayani para pelanggan yang datang untuk mendapatkan seleksi manisan.

SEKIRANYA anda dambakan kopi premium dan manisan pencuci mulut enak pada harga terjangka dompet anda, Kafe Centro Maxx di bandar raya Alor Setar, Kedah barang kali pilihan menarik yang boleh dikunjungi.

Tempat makan berkonsepkan kafe farmasi ini menawarkan pelbagai jenis kopi premium yang rasa dan aromanya seenak kafe bertaraf antarabangsa.

Masakan tidak, kopi premium yang menjadi kegilaan penggemar minuman itu diadun daripada campuran kacang Colombia dan Brazil yang unik hanya untuk pelanggan Centro Maxx.

Dipanggang dengan sepenuh cita rasa dan beraroma, itu yang dijanjikan di Centro Maxx.
Sambil membeli-belah ubat-ubatan dan keperluan lain di farmasi itu, pelanggan boleh juga menjamu selera untuk mengisi perut.

Lebih menarik, harga setiap cawan kopinya baik espresso, latte, americano, cappucino mahupun macchiato adalah lebih rendah daripada yang ditawarkan di kafe kopi premium bertaraf antarabangsa.

Pelbagai pilihan kopi premium di Centro Maxx dijual pada kadar harga bermula RM6.

Turut tersedia minuman lain seperti teh, teh hijau dan coklat.

 

KOPI premium yang dipanggang dengan penuh cita rasa dan beraroma menggamit para pengunjung untuk menikmatinya.

 

Pemanis mulut seperti kek, puff,brownies dan sandwic yang dijual di sini juga cukup istimewa.

Setiap kek berkenaan dijual hanya pada harga bermula RM7 setiap potongan.

Bagi penggemar aiskrim premium pula terdapat aiskrim jenama Haagen-Dazs yang terkenal dengan keenakan dan kualitinya.

Kafe di Kedah tersebut adalah cawangan terbaharu kafe farmasi Centro Maxx selepas cawangan pertama di Kuala Lumpur mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut pengurus kafe berkenaan, Atiqah Saad, sejak beroperasi tahun lalu, kafe tersebut mendapat perhatian dalam kalangan penduduk tempatan.

“Kafe ini menjadi tempat untuk mereka yang ingin bersantai sambil menikmati pelbagai jenis minuman premium kami.

“Kek dan pastri kami adalah yang terpilih. Kek burnt cheese kami yang tular juga sentiasa menjadi buruan,” katanya ketika ditemui di kafe berkenaan baru-baru ini.

Katanya, kafe tersebut turut menyediakan perkhidmatan dekorasi untuk mereka yang ingin melangsungkan parti kecil seperti sambutan hari lahir atau reunion dengan pakej menarik.

 

PUFF, brownies dan sandwic yang ditawarkan cukup istimewa.

 

“Selain daripada perkhidmatan farmasi, Centro Maxx berusaha menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelanggan di bawah satu bumbung,” ujarnya yang juga merupakan ahli farmasi di situ.

Jelasnya lagi, untuk kemudahan pelanggan, kafe turut menawarkan perkhidmatan tambah nilai prabayar untuk telefon bimbit, pembayaran bil syarikat telekomunikasi serta utiliti dan tambah nilai e-Wallet.

“Tidak ketinggalan ialah servis penghantaran bungkusan, Parcel to Post yang merangkumi perkhidmatan terus ke pintu rumah pelanggan,” katanya.

Justeru, bagi pencinta kopi premium dan manisan boleh singgah di kafe ini sambil menguruskan hal berkaitan utiliti lain atau membeli-belah di farmasinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI