fbpx

ESSCOM sahkan rompakan di laut melibatkan kelompok dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman. -Foto: Ihsan ESSCOM

KUNAK – Satu kejadian merompak dilaporkan telah berlaku di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sebuah bagang bergerak berhampiran Pulau Burung semalam membabitkan tiga mangsa termasuk pengusaha bagang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu melibatkan sebuah bot dinaiki tiga lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dengan loghat asing telah menghampiri bagang berkenaan dengan tujuan untuk merompak.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, dua mangsa berada di bahagian bawah bagang ketika kejadian berlaku manakala seorang lagi berada di atas bagang terbabit.

“Suspek berjaya merompak sebuah enjin, dua tong ais, dua telefon bimbit serta 25 liter minyak petrol.

“Kita percaya kejadian itu tidak membabitkan elemen luar tetapi merupakan suspek dari ‘kelompok dalaman’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata ESSCOM ketika ini berusaha mengesan kesemua suspek yang dipercayai masih berada dalam perairan negara. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI