fbpx

Jason Momoa pernah terhimpit masalah wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASON MOMOA

SIAPA sangka pelakon seperti Jason Momoa pernah berdepan dengan masalah kewangan walaupun selepas bergelar seorang selebriti popular.

Dalam satu temu bual di sebuah stesen radio, Jason memberitahu, masalah timbul selepas dia tampil dalam filem Game of Thrones memegang watak sebagai Khal Drogo.

“Dalam filem itu, aku hanya tampil pada musim pertama sahaja.

“Walaupun filem itu berjaya, namun kerana babak yang aku mainkan tidak banyak, maka aku sukar untuk mendapat tawaran projek lain,” ujar pelakon berusia 41 tahun itu.

Akibatnya, suami kepada aktres, Lisa Bonet itu tidak mempunyai tawaran berlakon untuk tempoh yang panjang sekali gus berdepan dengan masalah kewangan.

“Bayangkan ketika itu aku baru sahaja dikurniakan cahaya mata dan mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga.

“Namun, aku gagal untuk memberikan yang terbaik untuk anak aku,” ujar Jason yang kemudiannya diangkat sebagai hero dalam filem Aquaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI