fbpx

Atlet memanah jalani kejohanan simulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAE HYUNG berbincang dengan anak-anak buahnya ketika menyertai kejohanan simulasi di Padang Sintetik MSN , Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

SELEPAS hampir lapan bulan tanpa sebarang kejohanan, kem memanah negara menyertai kejohanan simulasi yang diadakan di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) , Bukit Jalil semalam.

Kejohanan yang dianjurkan Bahagian Atlet MSN Bukit Jalil dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia tersebut merupakan inisiatif bagi menggantikan pembatalan kejohanan dalam dan luar negara akibat pada tahun ini akibat pendemik COVID-19.

Justeru, kejohanan itu mampu memberi persiapan terbaik kepada atlet negara untuk kembali mencari rentak semula dan merasai tekanan seperti dalam kejohanan sebenar.

Pemanah harapan negara, Khairul Anuar Mohamad berkata, kejohanan tersebut sedikit sebanyak membantunya dan rakan sepasukan untuk mendapatkan kembali momentum serta perasaan seperti dalam kejohanan sebenar.

“Saya akui kita juga sudah lama tidak menyertai kejohanan, jadi saingan simulasi seperti ini amat membantu kami untuk lebih fokus seperti berada bersaing pada kejohanan besar.

“Kejohanan simulasi ini juga dapat membantu saya memperbaiki teknik panahan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, jurulatih negara, Lee Jae Hyung mengakui anak-anak buahnya jelas bersemangat menyertai kejohanan simulasi itu biarpun beraksi menentang rakan-rakan sepasukan.

“Walaupun kejohanan simulasi, saya nampak mereka tetap bersemangat dan ada yang gemuruh kerana sudah lama tidak menyertai kejohanan,” ujarnya.

Kejohanan simulasi ini melibatkan atlet program podium dan pelapis kebangsaan dan akan diadakan sekali lagi pada 21 dan 22 November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI