fbpx

Singki cegah Covid-19 di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singki mudah alih untuk cegah Covid-19 yang disediakan MPM untuk kemudahan orang ramai di daerah Manjung.

LUMUT – Dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melakukan inovasi menyediakan singki mudah alih untuk kegunaan penduduk setempat.

Menerusi inovasi itu, orang ramai hanya perlu memijak alat pemijak untuk mengeluarkan cecair pencuci tangan yang terletak bersebelahan paip air sekali gus tidak perlu memegang alat pencuci tangan itu ketika mencuci tangan.

Inovasi itu melibatkan kombinasi singki dengan alat pemijak cecair pencuci tangan, tong dram terpakai, singki, kepala paip dan paip Polyvinyl Chloride (PVC) serta boleh diletakkan di mana-mana lokasi bersesuaian.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, rekaan tersebut dihasilkan lima kakitangan majlis perbandaran itu dalam tempoh tiga jam bagi setiap satu.

“Inovasi hasil cetusan idea Unit Landskap dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MPM sebagai usaha mencegah jangkitan Covid-19 di dalam kawasan perbandaran ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syamsul Hazeman, usaha itu diharap dapat membantu dan menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan ketika berada di tempat awam ketika negara masih lagi berjuang dalam memerangi wabak Covid-19.

Katanya, ia memudahkan orang ramai apabila tidak perlu menyentuh botol sabun ketika membasuh tangan.

Beliau berkata, setakat ini mereka sudah menyiapkan 10 unit yang ditempatkan di enam pasar awam, Jeti Pangkor dan Lumut, Stesen Bas Seri Manjung dan pejabat MPM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI