fbpx

KSM bakal pinda Akta Kerja 1955

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) kini dalam peringkat akhir untuk meminda Akta Kerja 1955 dengan tindakan memperhalusi cadangan pindaan tersebut bersama Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, pindaan baharu berkenaan merangkumi pelbagai perkara termasuk larangan diskriminasi terhadap pekerja, peningkatan tempoh cuti bersalin, larangan pemberhentian kerja atas sebab kehamilan, waktu kerja fleksi dan cuti paterniti.

“Kementerian juga sudah pun mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan termasuklah secara atas talian bagi mendapatkan pelbagai pandangan untuk diadaptasi dalam peruntukan sedia ada.

“Sebuah jawatankuasa teknikal bagi pindaan Akta Kerja 1955 turut ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan telah pun mengadakan mesyuarat untuk meneliti dan memperinci cadangan pindaan ke atas akta ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang ingin tahu status pindaan Akta Kerja 1955, termasuk pindaan melarang diskriminasi terhadap pekerja, memanjangkan tempoh cuti materniti, melarang pemberhentian kerja atas sebab kehamilan, memperkenalkan waktu kerja fleksi, dan mewujudkan cuti paterniti tujuh hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI