REMBAU – Dua lelaki terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tersepit selepas lori 10 tan yang mereka naiki terlibat dalam nahas di Kilometer 225.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.51 pagi.
Menurutnya, pasukan yang tiba 20 minit kemudian mendapati pemandu lori berusia 47 tahun dan seorang kelindan, 41, tersepit di tempat duduk penumpang.
“Mangsa yang diselamatkan kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE














