fbpx

Pertahan Noor Hisham, Rayer diusir Dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

KUALA LUMPUR – Kerana berkeras mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan, RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini.

Situasi tegang itu berlaku ketika Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) menyentuh soal usaha memerangi pandemik Covid-19 di Sabah dan Sarawak pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Belanjawan 2021.

Antara yang dipersoal King Sing mengenai strategi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terhadap dua negeri itu.

“DG kenapa tidak turun padang, kerana di Kota Kinabalu Sabah sekarang teruk pandemik Covid-19 di sana, kenapa dia tak turun melawat tiap-tiap hospital?

“Pergi turun tengok dan berbincang untuk menguruskan frontliners, doktor dan jururawat. Jangan hantar sahaja. Frontliners tidak takut mati tapi DG takut mati, Timbalan DG pun tak pergi apa sudah jadi. Hari-hari buat publisiti tapi dilihat lekuk masih belum dapat diturunkan,” katanya.

Kenyataan tersebut menyebabkan Rayer dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertubi-tubi menyerang King Sing sehingga serangan itu turut mendapat tentangan hebat daripada Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) agar menghentikan pertikaian tersebut.

Tindakan Rayer berkenaan menyebabkan Azalina terpaksa campur tangan dan meminta Ahli Parlimen Jelutong berkenaan duduk bagi membolehkan King Sing menyambung perbahasannya.

Rayer bagaimanapun terus mengganggu perbahasan King Sing.

Kedegilan itu menyebabkan Azalina mengarahkan Rayer keluar dari Dewan kerana terus menganggu ucapan dan tidak mahu mendengar nasihatnya agar duduk bagi memberi peluang kepada Ahli Parlimen Bintulu untuk berucap.

Terdahulu, King Sing mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh KKM dan Noor Hisham yang dilihat banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh diatasi bagi mengurangkan penyebaran Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI