fbpx

MPKL bongkar tapak sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak sampah haram yang dilupuskan MPKL.

KUALA LANGAT – Kegiatan pembuangan sampah haram sejak sebulan lalu di kawasan belukar di Jalan Sijangkang Utama, Telok Panglima Garang di sini berakhir selepas dikesan pihak berkuasa semalam.

Pembongkaran itu hasil rondaan dan pemantauan lokasi panas pembuangan sampah haram oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kira-kira pukul 3 petang.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, ketika rondaan didapati sebuah lori baharu sahaja membuang sampah domestik seberat 1 tan di kawasan tersebut.

Katanya, siasatan mendapati tapak pelupusan sampah itu dipercayai telah beroperasi sejak sebulan lalu secara haram.

“Ekoran itu, kita menyita lori berkenaan mengikut Undang-Undang Kecil Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan terhadap pemandu lori berusia 30an itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira lima tan sampah telah dibuang di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI