fbpx

Lelaki cedera ditetak lelaki bersenjatakan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa diserang lelaki bersenjatakan parang di Buntong dekat Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang lelaki cedera di tangan selepas ditetak dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Buntong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 2.09 petang yang pada awalnya memaklumkan berlaku kes samun.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

“Pegawai penyiasat telah pergi ke tempat kejadian bersama anggota Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan.

“Mangsa yang cedera di tangan di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, sebelum diserang, mangsa berusia 44 tahun itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran suspek namun gagal apabila dia terjatuh.

Suspek yang bersenjatakan parang dan memakai penutup kepala itu beredar dari lokasi kejadian selepas menyerang mangsa dengan menaiki kereta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI