fbpx

Dua sebab keluarga Nora Anne pilih Malaysia sebagai lokasi percutian – ibu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sebab keluarga Nora Anne pilih Malaysia sebagai lokasi percutian.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SERMBAN – Mahkamah Koroner Seremban hari ini diberitahu oleh ibu kepada Nora Anne Quoirin dua sebab utama kenapa mereka memilih Negara ini sebagai lokasi percutian.

Saksi ke-35, Meabh Jaseprine Quoirin berkata, sebab pertama pihaknya membuat keputusan itu kerana abangnya menetap di Singapura dan mengambil peluang itu untuk perjumpaan keluarga.

Katanya, sebab yang kedua kerana dicadangkan oleh kawan suaminya, Sebastian Marie Phillipe yang pernah datang sebelum ini kerana Malaysia berhampiran dengan banyak kawasan.

“Dia (kawan suami) datang bercuti ke negara ini dengan anak-anak kecil dan turut mencadangkan untuk menginap di The Dusun kepada kami,” katanya kepada Koroner, Maimoonah Aid dalam sidang video secara langsung di sini hari ini.

Tambahnya pada prosiding yang masuk hari ke-15, mengikut perancangan keluarganya akan menginap di The Dusun, di sini selama tiga malam sebelum pergi ke Kuala Lumpur untuk dua malam.

“Selepas itu kami akan ke Georgetown, Pulau Pinang kemudian ke sebuah pulau tetapi tidak ingat nama sebelum terbang semula ke Singapura selama lima hari,” tambahnya ketika ditanya peguam keluarga Nora Anne, Louise Azmi.

Jelasnya, Meabh dan keluarga tiba di The Dusun pada sebelah petang pada 3 Ogos 2019 selepas berjumpa anak-anak dan suami di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Jelasnya, sebelum tiba di KLIA, dia dari Singapura manakala suami dan anak-anak, Nora Anne, Innes Julia and Maurice Arthure dari London.

Nora Anne, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.

Orang ramai boleh menyaksikan perjalanan prosiding tersebut menerusi penstriman langsung yang disediakan oleh Badan Kehakiman Malaysia melalui portal rasmi badan itu pada pautan www.kehakiman.gov.my dan media sosial rasmi di YouTube serta Facebook: The Malaysian Judiciary. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI