fbpx

TFC I tidak sabar jumpa Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAAKHMEDOV (kanan) muncul wira TFC I apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan PJ City FC kelmarin. – FB TERENGGANU FOOTBALL CLUB

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung saingan Piala Malaysia musim ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai hari ini.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, anak buahnya bersemangat untuk bertembung dengan Perak bagi saingan suku akhir selepas melepasi pusingan pertama kelmarin.

“Pada masa sama, jika Piala Malaysia terpaksa dibatalkan, kami akan terima keputusan itu biarpun dengan berat hati,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Pada aksi itu, pemain import, Sanjar Shaakhmedov muncul wira TFC apabila meledak gol tunggal pada minit ke-36 me­numpaskan PJ City FC.

Mohd. Nafuzi mengakui masih tidak mempunyai gambaran jelas hala tuju saingan Piala Malaysia dan menyerahkan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membuat keputusan terbaik demi kebaikan semua pihak.

“Pasti ada jalan penyele­saian diputuskan MFL dan pihak kerajaan seperti pertukaran venue ke tiga negeri yang tidak
terjejas. Saya tiada masalah dan bersedia menerima apa jua keputusan.

“Sekiranya terpaksa memba­talkan Piala Malaysia sudah tentu ia dibuat demi keselamatan pemain dan pegawai,” katanya.

Mengulas lanjut kemenangan 1-0 ke atas skuad The Phoenix itu, Nafuzi memuji karakter dipamerkan anak-anak buahnya yang berjaya menempah tiket ke suku akhir bertemu Perak dijadualkan pada minggu depan.

Menurut beliau, tentangan sengit pasukan lawan seme­mangnya sudah dijangka selain mengakui momentum terbaik gagal diterjemahkan anak buahnya selepas tiga minggu tanpa aksi kompetitif.

“PJ City berkelebihan dari aspek fizikal, namun pemain saya fokus dan berdisiplin di atas padang. Kita manfaatkan satu peluang yang ada dan dengan format kalah mati, 1-0 sudah memadai.

“Beberapa pemain memang nampak bergelut untuk capai tahap kecergasan optimum tapi saya jangka mereka akan lebih baik dalam aksi berikutnya,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI