fbpx

Jenazah Mohd. Irfan selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohd Rawi tiba di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas disolatkan di Surau Al Ikhwan PUJ 2 Taman Puncak Jalil di sini, hari ini.

PETALING JAYA – Jenazah mangsa nahas helikoper, Allahyarham Mohd. Irfan Fikri Mohd. Rawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jenazah sebelum itu disolatkan di Surau Al Ikhwan PUJ 2, Taman Puncak Jalil tiba di tanah perkuburan pada pukul 4.12 petang.

Seramai kira-kira 50 orang yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham hadir menyempurnakan pengebumian jenazah.

Allahyarham Mohd. Irfan Fikri, 41, meninggalkan seorang balu, Wan Nani Bazlin Wan Mahmud, 44, serta lima anak berusia tiga hingga 15 tahun selepas helikopter dinaikinya terhempas dipercayai akibat pelanggaran udara di Taman Melawati, Ampang semalam.

Turut terkorban adalah juruterbang, Leftenan Kolenel (B) Mohd. Sabri Baharom manakala dua lagi individu yang menaiki helikopter berasingan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd., Datuk Ahmad Jauhari Yahya bersama penumpang Tan Chan Eian terselamat dan mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Nafisah Hamat, 73, berkata, arwah merupakan seorang anak yang baik dan bersifat peramah.

Jelas Nafisah, kali terakhir dia bertemu anaknya itu adalah pada Jun lalu namun sering berhubung bertanya khabar melalui panggilan telefon.

“Pada hari kejadian saya tidak dimaklumkan oleh anak-anak yang lain tentang kejadian yang menimpa arwah dan hanya mengetahuinya selepas terlihat gambar yang tular di aplikasi Whatsapp sebelum bertanya kepada anak-anak yang lain.

“Pada mulanya mereka cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan saya namun setelah beberapa kali didesak barulah mereka ceritakan apa yang terlah berlaku kepada arwah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI