fbpx

Kedah wajar terima pampasan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyerahkan surat yang menyatakan hasrat kerajaan negeri berkaitan pembangunan negeri kepada Takiyuddin di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kedah wajar menerima pampasan khas berikutan kerjasama diberikan terhadap dasar kerajaan Persekutuan supaya terus memelihara Hutan Simpan Ulu Muda sebagai pusat tadahan air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pengorbanan negeri itu dalam menyediakan tanah untuk dijadikan sawah demi keselamatan makanan negara juga tidak boleh diketepikan.

“Hutan Simpan Ulu Muda yang memiliki keluasan ratusan ribu hektar sepatutnya menghasilkan keuntungan kepada kerajaan negeri.

“Namun dengan dasar kerajaan Persekutuan yang mahukan supaya kawasan tersebut dipelihara, maka Kedah sepatutnya menerima pampasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Norizan Khazali.

Menurut Takiyuddin, bagi tanah sawah pula, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM2.56 juta setahun berbanding RM170 juta setahun yang boleh diperolehi sekiranya status tanah ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Sehubungan itu, katanya, beliau yang telah dilantik sebagai menteri penyelaras bagi Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan akan membawa perkara tersebut ke Kabinet dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Untuk pemeliharaan hutan, kerajaan negeri ini telah menerima bayaran sebanyak RM200 juta daripada kerajaan Persekutuan pada 2019.

“Jadi untuk 2020 ini, kita minta supaya jumlah itu dikekalkanlah, kalau setiap tahun Kedah dapat jumlah yang sama, bayaran itu akan banyak membantu kerajaan negeri,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI