fbpx

Langkah serius untuk banteras pasaran gelap tembakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – British American Tobacco (M) Bhd. (BAT Malaysia) mengalu-alukan usaha kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 untuk memperkenalkan langkah-langkah bagi membanteras pasaran gelap tembakau.

 Pengarah Urusannya, Jonathan Reed berkata, syarikat melihat ia adalah sebahagian daripada tindakan pertama untuk menyekat bekalan rokok tidak sah ke Malaysia.

Inisiatif ini perlu diambil dan tepat pada masanya memandangkan Malaysia kini menguasai 65 peratus daripada seluruh pasaran dan berada di kedudukan nombor satu di dunia bagi rokok tidak sah.  

“Kami menghargai usaha kerajaan yang memandang berat dan mengakui ancaman besar yang ditimbulkan oleh pasaran gelap tembakau dan mengambil langkah- langkah berani untuk menangani isu ini.”  

“Kadar cukai tinggi yang dikenakan ke atas rokok sah telah mewujudkan permintaan berterusan bagi rokok tidak sah yang murah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 Pasaran gelap tembakau bukan sahaja menimbulkan kerugian berbilion ringgit daripada segi cukai yang tidak dikutip, tetapi turut membiayai kegiatan jenayah, menggalakkan rasuah dan meningkatkan tabiat merokok di kalangan belia.

   “Kami percaya usaha untuk menambah baik penguatkuasaan pada masa depan perlu disokong oleh reformasi eksais untuk benar-benar membanteras pasaran gelap tembakau. 

“Jurang harga antara produk sah dan tidak sah adalah terlalu besar, lantas menimbulkan situasi yang tidak boleh ditangani melalui penguatkuasaan semata-mata,” terangnya.