fbpx

TFC tagih sentuhan Lee Tuck, Da Sylva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE TUCK (tengah) diharap dapat cergas sepenuhnya daripada kecederaan bagi menghadapi Petaling Jaya City FC (PJ City) pada saingan Piala Malaysia Sabtu ini. – FACEBOOK TERENGGANU FC

KETUA jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain berharap dua tonggak utama pasukan, Lee Tuck dan Dominique Da Sylva dapat cergas sepenuhnya daripada kecederaan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia berdepan Pe­taling Jaya City FC (PJ City) pada Sabtu ini.

Kata Nafuzi, kecederaan yang dialami Lee Tuck dan Da Sylva tidak terlalu serius dan tahap kecergasan mereka akan terus dipantau sepanjang sesi latihan minggu ini.

“Memang sekarang kita ada beberapa pemain yang dihimpit kecederaan termasuk Lee Tuck dan Da Sylva malah ada juga beberapa pemain tempatan lain yang turut cedera tetapi tidak serius.

“Jadi, saya tidak mahu terlalu risau sangat, cuma memang berharap pemain ini terutamanya mereka berdua dapat betul-betul cergas sebab saya memang perlukan mereka untuk perlawanan itu nanti.

“Sekarang keadaan kaki mereka sudah bertambah baik, proses pemulihan juga berjalan lancar dan mereka nampak macam tidak sabar untuk betul-betul cergas kembali ke padang berlatih, jadi saya percaya mereka dapat beraksi Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menjelang aksi bertemu menentang PJ City, Nafuzi percaya skuad kendalian K. Devan itu bakal memberi tentangan sengit dan dengan format kalah mati, apa sahaja boleh berlaku untuk mereka merebut slot ke suku akhir.

“Kita memang tahu PJ City FC bukan pasukan yang mudah bahkan mereka juga sentiasa penuh dengan kejutan, seperti apa yang mereka lakukan ketika memberi kejutan kepada lawan hebat se­perti skuad Harimau Selatan.

“Pada saingan liga musim ini, memang pasukan berjaya tewaskan mereka tetapi untuk Piala Malaysia, apa sahaja boleh berlaku kerana ini adalah perlawanan kalah mati.

“Justeru, saya tidak mahu barisan pemain memandang rendah kepada pasukan lawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI