fbpx

Pelaksanaan parkir berbayar kekal – MPSepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid

SEPANG – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) tidak berhasrat menangguhkan pelaksanaan tempat letak kenderaan (TLK) berbayar bermula 1 Januari depan walaupun dibantah penduduk Dengkil.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pelaksanaan TLK berbayar itu tidak dibuat secara tergesa-gesa memandangkan perancangan telah dirangka dan diluluskan sejak tahun 2014.

Beliau berkata, perancangan pelaksanaan TLK itu telah diluluskan oleh pihak MPSepang melalui Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 27/6/2014 dan juga pelaksanaannya telah dibuat lebih awal.

Katanya, pelaksanaan caj TLK itu juga telah dilaksanakan di Cyberjaya mulai tahun 2015 dan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada tahun 2016.

“Tujuan utama pelaksanaan TLK berbayar ini untuk memastikan perancangan bandar yang lebih tersusun dan teratur selaras dengan Kajian Reka Bentuk Bandar Dengkil.

“Pelaksanaan sistem parkir berbayar ini bertujuan memastikan seluruh kawasan operasi lebih tersusun dan terkawal serta mengelakkan lambakan kenderaan buruk atau terbiar di petak-petak parkir yang menghalang pengguna lain daripada menggunakannya,” katanya kepada dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Abd. Hamid berkata, MPSepang bersetuju memberikan insentif kepada pengguna dengan caj percuma bagi 30
minit pertama bagi memastikan pelaksanaan sistem parkir berbayar berjalan lancar bermula Januari 2021.

“Pengguna tidak dikenakan bayaran bagi 30 minit pertama (sehari 1 kali sahaja) dengan syarat pengguna hendaklah menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.

“Selain itu, pelaksanaan TLK berbayar ini adalah salah satu fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dan juga di mana-mana PBT di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, pelaksanaan parkir berbayar menimbulkan rasa kurang puas hati penduduk sekitar Dengkil terutamanya dalam situasi semasa rakyat masih dibebani pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI