fbpx

JIM cari lelaki tempatan bantu kes pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yeong Hui

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai seorang lelaki tempatan bagi kes berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menerusi kenyataan akhbar hari ini, jabatan itu berkata. lelaki tersebut dikenali sebagai Goh Yeong Hui, 27, yang beralamat terakhir di No. 2, Jalan Teratai 1/15, Taman Bukit Aman Teratai, Cheras, Kuala Lumpur.

“Lelaki itu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Kanan JIM, Mohd. Asri Osman dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya,” katanya.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 03-88801338 atau 0388801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI