fbpx

Anggota bomba curi kereta dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta dipandu suspek turut menemui satu peket plastik dipercayai berisi dadah serta peralatan menghisap dadah.

AMPANG – Seorang anggota bomba ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian curi kenderaan di Jalan Pandan Indah di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bekerja sebagai seorang mekanik pada 30 Oktober lalu.

“Pengadu mendakwa telah dimaklumkan oleh rakannya bahawa kereta jenis Proton Wira miliknya yang diletakkan di Jalan Pandan Indah telah tiada dan disyaki dicuri.

“Pada keesokan harinya, kira-kira pukul 3.20 pagi, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Pandan Indah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, pemeriksaan yang dilakukan turut menemui satu peket plastik disyaki berisi dadah dengan peralatan menghisap dadah.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek berusia 38 tahun itu merupakan seorang anggota bomba dan memiliki dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah selain positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI