fbpx

Anak Kartika Putri diserang burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTIKA PUTRI bersama anaknya KHALIA

PELAKON Kartika Putri berkongsi detik cemas selepas anaknya yang berusia setahun diserang seekor burung kakak tua.

Menurut aktres yang pernah membintangi sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan suaminya, Habib Usman membawa cahaya mata pertama mereka, Khalia ke sebuah zoo di Bandung.

Ketika berada di kawasan yang menempatkan pelbagai spesies burung, secara tiba-tiba seekor burung kakak tua telah menyerang anak aktres itu.

“Pada waktu itu saya sedang mendukung Khalia sebelum seekor burung kakak tua datang dan menyerangnya.

“Khalia menangis kerana berasa takut selepas burung itu mencakarnya,” kata aktres berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun, situasi cemas beransur reda apabila Khalia kembali tenang dan mula ketawa apabila Kartina memanggil burung-burung lain datang ke sisi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI