fbpx

Dua beranak akan dituduh esok kes pencemaran Sungai Gong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua pengarah syarikat akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang esok berhubung kes pencemaran Sungai Gong.

Mereka merupakan anak dan bapa yang berusia 31 dah 61 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, enam pekerja terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing berusia lingkungan 25 hingga 66 tahun yang ditahan bersama dua beranak itu dijadikan saksi pendakwaan.

“Kertas siasatan dirujuk ke Peguam Negara hari ini dan kita menerima arahan untuk menuduh dua suspek yang juga pengarah syarikat itu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua pengarah syarikat itu juga akan berhadapan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembang lain, Fadzil memaklumkan terdapat lima kes berkaitan pencemaran yang disiasat Polis Selangor.

“Ini adalah kes kedua yang dituduh di mahkamah bagi kesalahan pencemaran air sejak polis Selangor menjalankan siasatan pada September lalu.

“Kita akan memastikan tindakan siasatan dan pendakwaan diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan sedemikian,” ujarnya.

Pada 18 Oktober lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran dikesan pada pukul 2 pagi.

Susulan itu, lebih 1.19 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan sekitar wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.

Hasil siasatan awal mendapati bau disyaki datang dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI