fbpx

Tekanan tinggi buat Kedah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Kedah meraikan kejayaan mereka layak ke Piala AFC tahun depan sebagai naib juara Liga Super musim ini. – MFL

FINALIS tahun lalu, Kedah berdepan tekanan untuk mencapai jangkaan peminat dalam ­usaha mara buat kali kedua berturut-turut ke final Piala Malaysia musim ini yang akan membuka tirainya 6 November ini.

Biarpun sudah melayakkan diri ke pentas Piala AFC tahun depan, namun skuad Helang Merah itu pastinya mahu memberikan aksi terbaik untuk dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas kali terakhir memenanginya empat tahun lalu.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak percaya anak-anak buahnya mampu beraksi pada tahap sebenar walaupun pertandingan kali ini menggunakan format baharu iaitu kalah mati untuk setiap perlawanan.

“Pemain saya perlu beri 100 peratus aksi terbaik dan tidak boleh memikirkan siapa lawan yang bakal dihadapi walaupun lawan mereka adalah pasukan yang lebih hebat.

“Malah, saya percaya pasukan bukan pilihan yang kedudukan mereka lebih bawah daripada kami, akan menjadi lawan berbahaya kerana beraksi tanpa tekanan,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Sebagai rekod, enam pasukan teratas Liga Super termasuk Kedah sebagai naib juara dan dua terbaik Liga Premier diletakkan dalam balang A yang bakal menanti lawan mereka daripada Kumpulan B menerusi majlis undian hari ini.

Menariknya, saingan Piala Malaysia turut menawarkan slot terakhir ke pentas Piala AFC yang pastinya menjadi rebutan pasukan-pasukan bertanding selain daripada Kedah dan Johor Darul Ta’zim yang sudahpun layak ke Liga Juara-Juara Asia sebagai juara Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI