fbpx

Sumareh penat layan ‘drama’ kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH berharap dapat diturunkan membuat debut dalam saingan Liga Thailand bersama Police Tero menentang Suphanburi malam ini. – POLICE TERO FC

PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh menyeru agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi kerana mahu fokus membina karier baharu bersama Police Tero FC di Liga Thailand ketika ini.

Sumareh, 26, telah dikenakan hukuman penggantungan dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) awal minggu ini atas empat kesalahan yang dilakukannya sebelum menamatkan kontrak secara rasmi pada Ogos lepas.

Pemain sayap itu menegaskan, dia sudah penat dengan segala tohmahan yang tidak berasas sehingga menjejaskan reputasi dan mentalitinya bukan sahaja secara peribadi, tetapi keluarganya turut menerima tempias yang sama.

“Saya harap tiada lagi isu di­sensasikan selepas ini kerana saya baru sahaja mahu bertapak di Thailand. Secara jujur, saya hanya mahu fokus dengan bola sepak berbanding isu kontroversi.

“Buat masa ini, saya tiada komen mengenai keputusan yang dibuat oleh PBNP kerana hanya mahu menunggu penjelasan atau keputusan rasmi daripada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) ataupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Mengulas lanjut, Sumareh berharap dapat membuat kemunculan debut kompetitif pertama bersama skuad utama Police Tero dalam aksi Liga Thailand bertemu Suphanburi di Stadium Suphanburi malam ini.

“Saya telah menyertai skuad utama ke Suphanburi dan jika ada rezeki, saya akan bermain buat kali pertama bersama pasukan. Meskipun sukar untuk memberi tumpuan kerana kontroversi yang melanda, saya tetap akan memberikan yang terbaik jika diturunkan nanti,” katanya.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Gambia itu telah menandatangani kontrak jangka pendek selama enam bulan bersama Police Tero bulan lalu setelah menamatkan kontraknya bersama PBNP kerana isu dalaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI