fbpx

Keputusan makmal tumpahan minyak siap minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di kawasan pokok bakau ketika tinjauan di perairan Tanjung Tuan, Alor Gajah.

MELAKA – Keputusan ujian makmal kes tumpahan minyak di Pantai Tanjung Tuan, Alor Gajah yang berlaku pada dua minggu lalu dijangka siap seawal-awalnya minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Osman berkata, pelbagai kaedah siasatan telah dijalankan oleh pegawai penyiasat dari negeri ini dan Negeri Sembilan bagi melaksanakan ujian terbabit.

Jelasnya, antara kaedah tersebut termasuklah ‘finger print test’ dengan mengambil sampel minyak daripada beberapa buah kapal yang disyaki terlibat dalam tumpahan terbabit.

“Melalui kerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia, kita dapati kira-kira 20 buah kapal dikesan berlabuh di perairan itu dalam tempoh kejadian terbabit berlaku.

“Walau bagaimanapun, hanya empat buah kapal yang disenaraikan terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Rosli, JAS sampel dari kapal-kapal terbabit juga telah diambil bagi mengesan elemen persamaan dengan tumpahan minyak di laut.

Pada 13 Oktober lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengesan tumpahan minyak di perairan Tanjung Tuan dan Pantai Cermin di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tumpahan yang disifatkan terbesar berlaku pada tahun ini disebabkan hampir 10 tan metrik sisa minyak telah mencemari perairan berkenaan di kedudukan 1.3 batu nautika menghala ke Pulau Perjudi.

Kira-kira 4,000 batang pokok di Tanjung Tuan turut terjejas sehingga memerlukan kerja-kerja pembersihan dan pemuliharaan sepanjang pantai berkenaan terpaksa dijalankan selama seminggu.

Pelbagai kaedah juga digunakan termasuk penggunaan alatan seperti ‘absorbent boom’ dan ‘absorbent pad’ bagi menyerap tumpahan sisa minyak di lokasi tercemar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI