fbpx
Shinnishi (dua, kanan) bergambar dengan Xpander pemasangan tempatan pertama di Pekan, Pahang semalam.

Mitsubishi Xpander mula dipasang secara tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mitsubishi Xpander kini mula dibina di kilang Mitsubishi Motors di Pekan, Pahang, menjadikan Malaysia negara ketiga memasang jentera itu secara tempatan selain Indonesia dan Vietnam.

Kilang milik HICOM Automotive Manufacturers Sdn. Bhd. itu dijangka menghasilkan sehingga 6,000 unit Xpander setahun.

Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Tomoyuki Shinnishi berkata, mereka yakin jentera berkenaan akan diminati pengguna di negara ini.

“Langkah memasang Xpander secara tempatan adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan di negara ini. Kami mahu menawarkan model dengan harga lebih kompetitif serta spesifikasi terbaik.

“Kami memberi jaminan bahawa setiap unit Xpander menjalani ujian kualiti yang terperinci sebelum dipasarkan. Setiap inci diperiksa oleh manusia serta teknologi canggih,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sejak pelancarannya di Indonesia, Xpander termasuklah Xpander Cross menerima sambutan memberangsangkan ekoran rekaan bersifat futuristiknya, keselesaan dan prestasi pemanduan tingginya.

Pada akhir bulan lalu, jualan keseluruhan jentera berkenaan mencecah kira-kira 270,000 unit.

Pelancaran Xpander baharu di Malaysia dijangka dilakukan bulan depan. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN