fbpx

Kluster Bayu: 8 positif, 17 tunggu keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebanyak lapan kes Covid-19 baharu dilaporkan di negeri ini semalam membabitkan satu kluster baharu iaitu Kluster Bayu dan kluster sedia ada yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, Kluster Bayu membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikesan bergejala pada 23 Oktober lalu.

“Sehubungan itu ujian pengesanan kontak rapat juga telah dijalankan pihak berwajib dimana tujuh lagi kes baharu dikesan membabitkan dua rakan sekerja dan lima ahli keluarga.

“Setakat semalam, kumulatif kes Covid-19 bagi kluster ini adalah lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Vidyananthan turut memberitahu, jumlah kontak yang dikenalpasti seramai 78 orang dengan 53 negatif manakala 17 lagi masih menunggu keputusan.

Katanya, punca jangkitan masih dalam siasatan dan setakat ini, situasi kluster berkenaan adalah terkawal.

“Sementara itu, bagi Kluster Kempas sehingga semalam kumulatif kes positif dikesan seramai 33 orang, melibatkan tujuh rakan sekerja, 17 ahli keluarga mereka, lima rakan sekerja ahli keluarga mereka, tiga orang pelajar dan seorang ahli keluarganya.

“Sehingga semalam juga, sebanyak 444 orang kontak telah dikenalpasti yang melibatkan negeri Johor, Selangor, dan Melaka dimana 395 negatif sementara 49 orang lagi masih menunggu keputusan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI