fbpx

Badosa bintang dalam pembikinan kian bersinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADOSA yakin prestasi terbaiknya mampu diteruskan pada perlawanan akan datang sekali gus membantu keyakinannya untuk mencari gelaran pertama.

LONDON – Bintang dalam pembikinan, Paula Badosa tidak mahu terburu-buru untuk mengejar gelaran Grand Slam sebaliknya yakin prestasi terbaik­nya pada Terbuka Perancis me­rupakan permulaan terbaik untuk dirinya melangkah lebih jauh.

Pemain Sepanyol itu buat kejutan apabila mara ke pusingan keempat di Roland Garros de­ngan membenam juara Terbuka Amerika Syarikat (2017), Sloane Stephens dan Terbuka Perancis (2017), Jelena Ostapenko.

Justeru, Badosa yakin prestasi terbaiknya itu mampu diteruskan pada perlawanan akan datang dan membantu keyakinannya untuk mencari gelaran pertama.

“Impian saya adalah untuk ke suku akhir. Saya terlalu fikir apa yang diperlukan untuk melepasi pusingan keempat selepas tewas kepada pemain berpengalaman seperti Laura Siegemund.

“Saya tahu ketika itu badan terlalu penat dan bukan mudah untuk beraksi pada pusingan keempat buat pertama kali dalam karier saya.

“Ketika itu, saya sangat gembira berjaya melakukan yang terbaik sepanjang ming­gu di Paris.

“Saya tiba di Paris dengan persiapan yang baik, tetapi sedikit gementar kerana itu kali pertama berjaya melepasi pusingan kelayakan. Selepas melepasi pusingan pertama dengan baik saya dapat rasakan saya mampu melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Badosa juga menjelaskan dia akan menjalani latihan dengan jurulatih baharu, Javier Marti.

Bagaimanapun, Badosa menjelaskan, keadaan perintah darurat di Sepanyol menyukarkannya untuk kembali menjalani latihan dan berharap keadaan segera pulih daripada pandemik Co­vid-19.

“Ketika ini kami tidak boleh bermain tenis kerana keadaan di Sepanyol bertambah buruk. Bukan mudah untuk berada di rumah dalam tempoh 24 jam dan ia turut menjejaskan sesi latihan saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI