fbpx

Neurotoksin punca kematian 356 gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJENIS alga yang ada di satu lopak air menjadi punca kematian lebih 300 ekor gajah di Botswana pada Mei dan Jun lalu.

PADA Mei dan Jun lalu, ahli konservasi telah menemui sebanyak 356 bangkai gajah di Okavango Panhandle di Botswana.

Sebilangan haiwan tersebut kelihatan rebah dan mati secara tiba-tiba.

Kematian gajah-gajah tersebut menjadi misteri dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan pakar mengenai masa hadapan mamalia tersebut.

Haiwan itu mati bukan disebat atau diburu oleh pemburu haram dan sebilangan pakar mendakwa gajah tersebut telah diracun oleh penduduk tempatan.

Tetapi baru-baru ini, wakil kerajaan Botswana telah menjumpai jawapan tentang kematian gajah tersebut iaitu kerana haiwan tersebut minum air di sebuah kawasan berair yang terbentuk setelah hujan.

Gajah tersebut mati kerana neurotoksin yang dihasilkan oleh cyanabakteria iaitu sejenis alga mikroskopik yang ada di kawasan berair tersebut.

“Sama sekali tidak ada alasan untuk kita mempercayai bahawa terdapat penglibatan manusia yang menjadi punca kematian haiwan ini.

“Ini bukan fenomena baharu. Ini adalah sesuatu yang akan terjadi akibat perubahan persekitaran,” jelas Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Botswana, Dr. Cyril Taolo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI