fbpx

Bunuh virus Covid-19 dengan pelitup muka elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELITUP muka elektrik yang dikatakan mampu membasmi Covid-19 masih dalam pembikinan.

PENULARAN pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mendorong sekumpulan penyelidik untuk membangunkan pelitup muka elektrik yang mampu membasmi virus tersebut.

Pelitup muka tersebut dibangunkan oleh sekumpulan pakar daripada Institut Teknologi Massachussets yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Dihasilkan daripada penebat neoprena ia dikatakan boleh membunuh virus melalui jaring tembaga halus yang dipanaskan sehingga 90 darjah Celcius.

Pelitup muka itu dikelilingi dengan penebat neoprena untuk membolehkannya dipakai.

Para penyelidik menjelaskan, sekiranya dikomersialkan, peranti yang menggunakan tenaga bateri itu akan mungkin lebih mahal daripada pelitup muka kain, pelitup muka pembedahan dan pelitup muka jenis N95.

Pelitup muka itu dikatakan sangat sesuai untuk digunakan di lokasi yang mempunyai risiko tinggi penularan virus tersebut seperti di tempat penjagaan kesihatan atau di dalam pengangkutan awam yang sesak.

Lebih menarik, ia tidak perlu dibuang atau disterilkan setelah digunakan.

Para penyelidik juga telah mengemukanan hak paten untuk reka bentuk pelitup muka tersebut dan telah mula membina prototaip untuk menjalankan ujian fizikal.

“Sebilangan pelitup muka hari ini berfungsi dengan aspek penyaringan, menapis zarah mengikut ukuran atau cas elektrik,” kata jurutera kimia, Samuel Fauncher.

Dalam kajian mereka, para penyelidik membuat model matematik untuk menentukan julat suhu optimum yang perlu dicapai oleh jaring untuk mematikan zarah virus secara termal.

Mereka menentukan bahawa suhu sekitar 90 darjah Celcius dapat mengurangkan kepekatan virus di udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI