fbpx

Sebab daging, Heechul dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM HEECHUL

PENYANYI yang juga pengacara terkenal, Kim Heechul memang diketahui peminat sebagai artis yang lantang memerangi komen jelek daripada pengguna media sosial.

Baru-baru ini, dia mendedahkan kiriman mesej daripada seorang pengguna Instagram.

Individu berkenaan tidak berpuas hati dengan Heechul hanya kerana memuat naik gambar sedang memanggang sejenis daging lembu.

Daging lembu tersebut difahamkan lebih mahal berbanding daripada daging lembu biasa.

Paparan skrin yang dimuat naik anggota Super Junior itu menunjukkan sikap tidak bermoral individu berkenaan yang meninggalkan kata-kata kesat kepadanya.

Individu itu turut mempersoalkan apakah tindakan Heechul berkongsi gambar-gambar itu hanya untuk menayang kemewahan, bahkan kerap menyuruh Heechul membunuh diri.

Membalas perbuatan individu itu dengan sarkastik, Heechul memuat naik paparan skrin berkenaan dengan menulis kapsyen pendek: “Saya tidak akan bunuh diri sendiri.”

Peminat turut tidak menerima sikap sesetengah individu yang naik marah hanya kerana harga daging.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI