fbpx

JPJ Johor keluarkan 153 saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Johor menunjukkan kesalahan teknikal pada kenderaan yang diperiksa semasa operasi khas teknikal di Plaza Tol Skudai di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengeluarkan sebanyak 153 notis semasa menjalankan Operasi Khas Teknikal di Plaza Tol Skudai dan Plaza Tol Senai Utara, dekat sini hari ini.

Menurut satu kenyataan di laman rasmi Facebook JPJ Johor, antara kesalahan yang diambil tindakan ialah kesalahan berkaitan dengan cermin gelap, lampu brek tidak berfungsi, tayar haus berlebihan dan lain-lain kesalahan.

Katanya, operasi tersebut telah melibatkan seramai dua orang pegawai dan 30 anggota dari Unit Operasi, Unit Penguatkuasa Bermotosikal dan Unit Aduan, Siasatan & Risikan JPJ Johor.

“Daripada hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 153 notis telah dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan dengan cermin gelap, lampu brek tidak berfungsi dan tayar haus berlebihan.

“Kesemua kesalahan tersebut diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1992,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, aktiviti penguatkuasaan JPJ Johor akan diteruskan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalu lintas serta keselamatan pengguna jalan raya khususnya di negeri ini sentiasa di dalam pemantauan pihak berkuasa.

“Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI