fbpx

Doktor rugi RM20,168.60 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.A Anbalagan.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Seorang doktor klinik swasta menanggung kerugian RM20,168.60 selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang mendakwa lelaki itu mempunyai tunggakan cukai perniagaan selama 18 bulan pada Sabtu lalu.

Mangsa berusia 27 tahun dikatakan telah menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar Datuk Ridzuan kononnya pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan berkata, pengadu menafikan terdapat tunggakan cukai perniagaan yang didaftarkan atas namanya sebelum panggilan itu disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Menurutnya, pengadu turut didakwa terlibat dalam kes penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram dan suspek meminta supaya bekerjasama bagi tujuan menyelesaikan kes tersebut.

“Pengadu telah diperdaya oleh sindiket terbabit selepas menerima lebih 12 mesej Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada bank yang perlu dihantar semula untuk tujuan tersebut.

“Semalam, pengadu ke sebuah Bank di Pantai Jerejak untuk menyemak penyata akaun dan mendapati wang simpanannya sebanyak RM20,168.60 telah tiada,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI