fbpx

Ummah seru ahli politik junjung penuh titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zai (kanan) bersama Setiausaha Agung Majlis Perunding Melayu (MPM), Datuk Dr. Hassan Mad ketika sidang akhbar di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu semalam.

Pengerusinya, Mohd. Zai Mustafa berkata pihaknya menyanjung tinggi dan menghargai pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong kepada keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19 dari terus merebak.

“Kami menyanjung tinggi keprihatinan baginda agar negara terus dipelihara kesihatan, kestabilan dan kemakmuran seterusnya menasihatkan agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan Negara 2021 bagi mendepani Covid-19 seterusnya mengukuhkan ekonomi negara pada pembentangan sesi Parlimen akan datang.

“Pihak kami mempertegaskan bahawa titah baginda Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala ‘politiking’ yang boleh mengganggu gugat kestabilan pemerintahan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zai, Ummah juga menempelak mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keresahan dengan mempertikaikan titah baginda sehingga mengelirukan rakyat perlu dihentikan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak keselamatan.

“Kami turut mencadangkan semua pihak dan parti politik mengangkat gencatan senjata politik dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mencari formula perdamaian.

“Ummah berkeyakinan penuh Yang di-Pertuan Agong terus menjadi tonggak utama dan berperanan memayungi pemerintahan negara bagi mengukuhkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI