fbpx
Sebahagian pemandu mabuk yang didakwa mengikut akta baharu di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

Sembilan pemandu mabuk didakwa mengikut undang-undang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sembilan individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut pindaan baharu di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 berkuatkuasa Jumaat lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 56 tahun didakwa melakukan kesalahan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan pada 23 hingga 25 Oktober lalu.

Mereka didapati memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah.

Lapan daripada tertuduh membuat pengakuan bersalah, manakala seorang lagi minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Asidah A.Rahman.

Nur Asidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dari tarikh sabitan kes, denda RM10,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun terhadap tujuh lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah.

Jika gagal membayar denda mereka akan dipenjara selama 10 bulan.

Pada prosiding sama, mahkamah turut menetapkan jaminan RM13,000 kepada tertuduh yang membuat pengakuan tidak bersalah dan menetapkan tarikh 26 November depan bagi sebutan semula kes.

Sembilan tertuduh berkenaan merupakan antara individu terawal di negara ini yang didakwa mengikut pindaan undang-undang baharu tersebut.-K! ONLINE

BERITA BERKAITAN