fbpx

Polis musnahkan bom mortar dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bom mortar yang dijumpai seorang penoreh getah di kebun getah di Felda Mata Ayer, Padang Besar pada pagi semalam.

PADANG BESAR – Sebutir bom mortar lama yang ditemui di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer di sini telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, bahan letupan jenis shell mortar itu didapati masih aktif.

“bom berkenaan ditemui seorang penoreh getah yang kemudian memaklumkannya kepada petugas Op Benteng Wawasan di Pos Kawalan TS10, Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

“Pegawai penyiasat bersama Unit Persenjataan dan Unit Forensik IPK Perlis kemudian telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati objek itu dijumpai dalam keadaan terbuka dan berada di atas tanah berlumpur,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada polis sekiranya menemui objek disyaki bom dan tidak menyentuh atau membawa pulang objek berkenaan.

Difahamkan, ia merupakan penemuan kedua bom lama dalam tempoh dua tahun dengan kali pertama juga di kawasan kebun getah berhampiran.

Kosmo! Online semalam melaporkan penduduk kampung digemparkan dengan penemuan satu objek menyerupai bom di sebuah kebun getah di Felda Mata Ayer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI