fbpx
JOTA (kiri) meraikan jaringan kemenangan Liverpool ketika menewaskan Sheffield pada aksi EPL di Anfield awal pagi semalam.

Jota permata baharu The Reds – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya Diogo Jota mampu menampilkan aksi lebih bagus meskipun berjaya meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Tandukan penyerang berusia 24 tahun itu pada minit ke-64 menghadiahkan tiga mata buat The Reds yang ketinggalan satu gol seawal minit ke-15 kepada Sheffield menerusi sepakan pe­nalti kontroversi disempurnakan Sander Berge.

Bagaimanapun, Klopp, 53, menegaskan, masih banyak ruang perlu diperbaiki oleh penyerang skuad antarabangsa Portugal itu meskipun dilihat cepat menyesuaikan diri di Liverpool selepas berhijrah daripada Wolverhampton Wanderers musim ini.

“Ya, Jota menjaringkan gol cantik dan banyak terlibat dengan gerakan-gerakan dalam perlawanan ini. Saya yakin 100 peratus dia boleh memberi prestasi yang lebih baik daripada ini.

“Kami menandatangani khidmat Jota kerana dia adalah seorang pemain yang berpotensi besar memandangkan umurnya juga baru 23 tahun. Kualiti yang dimilikinya amat sesuai dengan gaya permainan Liverpool,” katanya.

Ia adalah gol kedua Jota dalam kariernya bersama Liverpool selepas meraih jaringan pertama ketika menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi ketiga EPL di Anfield bulan lepas.

Satu lagi gol The Reds diperoleh menerusi Roberto Firmino dan ia merupakan jaringan pertamanya untuk saingan EPL musim ini sekali gus melonjakkan pasukan itu ke tangga kedua liga ketika ini. – AGENSI

BERITA BERKAITAN