fbpx

Irene mengaku bersikap biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irene

PENYANYI kumpulan Red Velvet, Irene membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mengakui bahawa dialah artis popular yang dilaporkan bersikap kurang ajar terhadap editor baru-baru ini.

Beberapa hari lalu, editor berkenaan Kang Kook-hwa meluahkan mendapat layanan kasar dan biadap daripada seorang artis terkenal.

Kook-hwa berkata, artis wanita popular itu bertindak melampau dengan memarahinya sambil mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengganggu emosinya.

Biarpun tidak menyatakan nama sebenar, namun netizen dengan pantas mendakwa artis yang dimaksudkan Kook-hwa ialah Irene berdasarkan tanda pagar ditulis iaitu #monster dan #psycho.

Selepas menjadi perhatian ramai, Irene tampil memohon maaf secara terbuka menerusi satu hantaran dalam Instagram dan mengakui kesilapannya.

“Saya mohon maaf kerana melukakan hatinya, kelakuan bodoh dan bersikap tidak beradab tempoh hari. Saya berasa malu atas kejadian ini walhal selama ini banyak dibantu oleh orang sepertinya.

“Saya akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang tindakan dan berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi,” tulisnya.

Selepas isu itu menjadi bualan hangat, Red Velvet telah membatalkan sebuah acara yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI