fbpx
KHABIB terus bersujud sambil menangis dalam gelanggang sebaik sahaja menewaskan Gaethje pada saingan UFC 254 di Abu Dhabi awal pagi semalam.

Air mata iringi persaraan Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI – Bintang seni bela campuran dunia, Khabib Nurmagomedov menunaikan janji kepada ibunya bahawa pertaru­ngan dengan Justin Gaethje merupakan yang terakhir sebelum beliau berjaya menumbangkan jaguh tinju Amerika Syarikat pada saing­an UFC 254 tersebut awal pagi semalam.

Khabib sering ditemani bapa yang juga merangkap jurulatih­nya, Abdulmanap Nurmagomedov, namun tahun ini keadaan bertukar sedih apabila ayahnya meninggal dunia selepas me­­­ng­a­lami komplikasi akibat Covid-19 pada Julai lalu.

Ia merupakan pertarungan pertama Khabib selepas kematian bapanya dan situasi itu me­nyaksikan petinju Rusia tersebut memenangi perlawanan dengan teknikal knockout pada pusingan kedua selepas melakukan teknik kuncian triangle choke pada mi­nit 1:34 terhadap Gaethje.

“Ini adalah pertarungan ter­akhir saya. Tidak mungkin saya akan kembali ke gelanggang ini tanpa ayah saya. Saya bercakap dengan ibu saya dan dia tidak tahu bagaimana saya berjuang tanpa ayah.

“Bila UFC memanggil saya untuk bertarung dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari. Tetapi saya berjanji kepada ibu kerana pertarungan malam ini akan menjadi pertarungan terakhir saya. Saya telah katakan kepadanya dan saya mesti menunaikannya,” kata Khabib.

Hasil kemenangan tersebut, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC dan berjaya melebarkan rekod cemerlangnya kepada 29 kemenangan tanpa kalah.

Ini kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya. Kali perta­ma beliau mempertahankan kejuaraan itu pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor Mc­Gregor dalam aksi UFC 229.

Khabib kemudian menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu dalam pertaru­ngan UFC 242. – AGENSI

BERITA BERKAITAN