fbpx

PM junjung kasih titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah di Kuantan petang tadi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunjung kasih kepercayaan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap kerajaan di bawah pimpinannya.

Muhyiddin berkata, jemaah menteri ambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Seri Paduka bahawa tiada keperluan untuk Baginda mengisytiharkan darurat dalam negara ketika ini.

“Jemaah menteri akan berbincang lebih lanjut akan titah Tuanku dan keutamaan kerajaan pada masa ini ialah untuk melindung rakyat daripda wabak Covid-19.

“Saya menjunjung kasih atas kepercayaan Tuanku kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI