fbpx

VPCM tingkat perkhidmatan selepas jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan Volkswagen dipertingkatkan lagi menggunakan teknologi terkini.

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan menerusi Tempahan Servis Online dan Kamera Servis.

VPCM dalam satu kenyataan berkata, pelanggan kini boleh melakukan tempahan perkhidmatan servis kereta secara online.

“Ia yang boleh dilakukan menerusi komputer atau telefon bimbit mudah untuk dilakukan. Pelanggan cuma perlu memilih pengedar, tarikh dan waktu seterusnya memasukkan butiran kenderaan.

“Seorang penasihat khidmat selepas jualan akan menghubungi mereka untuk pengesahan tempahan,” katanya.

Menurutnya, satu lagi perkhidmatan ditawarkan pula ada Kamera Servis, yang mana pelanggan akan dimaklumkan tentang proses selenggara kenderaan masing-masing oleh mekanik tanpa perlu berada di bengkel secara fizikal.

“Dengan Kamera Servis, pelanggan akan ditunjukkan secara terperinci mengenai proses selenggera kenderaan selain nasihat untuk penukaran alat ganti.

“Perkhidmatan itu hanya tertakluk kepada alat ganti yang tidak termasuk dalam servis berjadua, dan pelanggan boleh memilih sama ada untuk menerima atau tidak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI