fbpx

‘Pergi rumah tunang untuk solat jemaah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda Jebat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menafikan dakwaan peminat ko­nonnya dia tinggal serumah dengan tunangnya, Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, melalui komen di Instagram menjelaskan, dia berada di rumah Nabil untuk berbincang hal perkahwinan mereka bersama ahli keluarga tunangnya.

“Meeting (mesyuarat) untuk wedding (perkahwinan) dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. Nak keluar pun nak ke mana?,” ujar pelantun lagu Temberang itu.

Dalam pada itu, Ayda turut menafikan dakwaan dia pernah bermalam di rumah bakal mertuanya itu sebaliknya menyatakan tujuannya ke sana adalah untuk solat berjemaah dan mendalami ilmu agama.

“Saya tidak pernah tidur rumah bakal mentua. Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tidak pandai. Saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.

Pasangan selebriti tersebut mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu dan dijangka mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI