fbpx

Kereta rempuh pintu kaca bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dinaiki dua beradik merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Haji AH Tengah, Sipitang.

Oleh IVAN AMIRUL

SIPITANG – Dua beradik berusia dua serta lima tahun melalui detik cemas apabila kereta dinaiki mereka merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Haji AH Tengah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, adik-beradik berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, terdapat beberapa pelanggan sedang berurusan di bank berkenaan namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga terbabit meletakkan kenderaannya di kawasan letak kereta di hadapan bangunan bank berkenaan.

“Wanita berusia 29 tahun itu kemudian keluar dan beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank dan meninggalkan anak lelaki serta perempuannya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kereta dengan keadaan enjin hidup.

“Sewaktu wanita terbabit sedang beratur di luar ATM, orang awam tiba-tiba menjerit sebelum mendapati kereta yang ditinggalkan melanggar pintu kaca bank.

“Akibat rempuhan itu, pintu kaca bank mengalami kerosakan teruk tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Champin menyatakan dua anak wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, kecuaian disebabkan oleh pemandu yang keluar dari kenderaanya dengan enjin masih hidup atau gear terletak di posisi ‘D’.

Sementara itu, Champin berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN 166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI