fbpx

776,135 pekerja mula bekerja dari rumah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 776,135 orang pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan diwajibkan untuk bekerja dari rumah bermula esok.

Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ianya selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun, MITI bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT disebabkan keperluan pihak industri yang memerlukan kehadiran sebilangan kecil pekerja peringkat pengurusan dan penyeliaan.

“Waktu pejabat dihadkan selama empat jam sahaja bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang untuk tiga hari seminggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azmin berkata, syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan.

“Majikan-majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pihak majikan juga perlu menetapkan garis panduan yang bekerja dari rumah yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing,” ujarnya.

Tambah Azmin, MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard di kalangan pihak industri.

Kosmo! semalam melaporkan, MKN mengarahkan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan PKPB  untuk bekerja di rumah – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI