fbpx

Telaga Rakyat ‘laris’ dikunjungi orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk setempat bersama anaknya mengambil air di Telaga Rakyat Anak Jati Jalan Kebun hari ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Telaga Rakyat Anak Jati Jalan Kebun di sini yang dibina lebih sebulan lalu ‘laris’ dengan penduduk setempat mengambil air bagi kegunaan isi rumah.

Telaga itu dibina selepas gangguan bekalan air susulan pencemaran Sungai Gong, awal September lalu.

Menurut pemilik tanah di lokasi telaga rakyat tersebut, Faizal Shahroni,40, sejak gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku semalam dianggarkan lebih 100 individu datang mengambil air termasuk daripada penduduk dari Kota Kemuning.

Katanya, pemberian air itu dilakukan secara percuma dan orang ramai boleh mengambilnya pada bila-bila masa.

“Fungsi telaga ini dibuat adalah bagi membantu penduduk setempat dan berhampiran mengambil air sekiranya memerlukan. Saya berasa terharu kerana dapat membantu orang ramai yang terjejas bekalan air.

“Ada yang sanggup datang sejauh 10 kilometer ke sini semata-mata bagi mendapatkan bekalan air,” katanya ketika ditemui di telaga tersebut di sini hari ini.

Sementara itu seorang peniaga dari Berjaya Park, Fauzi Jumri,40, bersyukur menerusi telaga tersebut dapat memberikan bekalan air bagi dirinya untuk menguruskan perniagaan seharian.

“Alhamdullillah air telaga di sini bersih dan selamat digunakan kerana telah beberapa kali mengambil air di sini.

“Kerajaan negeri jangan lepas tangan dan sekiranya berlakunya masalah seperti ini perbanyakan lori tangki air untuk memudahkan rakyat mendapatkan air,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI