fbpx

Mourinho enggan salahkan Bale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE gagal memberi impak pada aksi pertamanya bersama Spurs apabila mereka berjaya diikat West Ham 3-3 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho enggan menjadikan kegagalan Gareth Bale menjaringkan gol sebagai punca skuad bimbingannya terpaksa akur terikat 3-3 dengan West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Bale, 31, berpeluang memastikan kemenangan buat Spurs ketika sedang mendahului 3-2, namun bekas pemain sayap sensasi Real Madrid itu melakukan rembatan liar meskipun sudah berjaya memperdayakan dua pemain West Ham pada minit ke-91.

Akhirnya, Spurs yang mempunyai kelebihan tiga gol sejak babak pertama, terpaksa menerima hakikat hanya meraih satu mata selepas membenarkan West Ham meledak gol penyamaan menerusi percubaan jarak jauh Manuel Lanzini pada minit ke-94.

“Sebelum aksi bermula anda mahu bercakap mengenai Bale dan sekarang soalan sama yang diajukan kepada saya selepas tamat perlawanan. Ini bukan meng­enai Bale kerana perlawanan ini antara Spurs dan West Ham.

“Kami boleh menang 4-0 tetapi percubaan (Harry) Kane ter­kena tiang gol dan kemudiannya berpeluang untuk menjadikan keputusan 4-2, namun sepakan Bale pula langsung tidak menepati sasaran.

“Saya tidak mahu mencari alasan kerana kami menguasai perlawanan ini dan telah melakukan yang terbaik. Pujian sebenarnya harus diberikan kepada West Ham kerana mereka tidak berputus asa dalam aksi ini,” kata Mourinho.

Spurs berjaya menjaringkan tiga gol dalam babak pertama menerusi dua jaringan Harry Kane dan satu daripada Son Heung-min sebelum West Ham bangkit mengikat kedudukan 3-3 dalam tempoh 12 minit terakhir permainan.

Kebangkitan West Ham bermula menerusi Fabian Balbuena (m-82) sebelum jaringan sendiri pemain pertahanan Spurs, Davinson Sanchez (m-85) dan kemudian Lanzini meledak gol ketiga skuad kendalian David Moyes itu pada minit ke-94. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI