fbpx

Kedah sedia nilai syor larang tanam ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai RM97,000 kepada Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani untuk diagihkan kepada 485 keluarga kakitangan Penjara Pokok Sena yang terlibat dengan PKPD sejak 11 Oktober lalu.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia mendengar dan menilai syor daripada pihak polis supaya melarang penanaman pokok ketum di tanah milik penduduk di negeri itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco dipengerusikannya di Wisma Darul Aman pada esok.

“Kita mungkin akan minta agensi serta jabatan berkaitan mengemukakan laporan supaya tindakan dapat diambil terhadap penanaman ketum berdasarkan akta mahupun perundangan terlibat termasuk Kanun Tanah Negara.

“Laporan daripada agensi terlibat memang tidak dapat diperolehi esok namun perkara itu merupakan antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” katanya di Pejabat Daerah Pokok Sena di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai daripada kerajaan negeri berjumlah RM97,000 kepada Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani untuk diagihkan kepada 485 keluarga kakitangan Penjara Pokok Sena yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 11 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, hal-hal berkaitan ketum telah banyak dibincangkan oleh kerajaan negeri terdahulu namun tidak ada yang mendatangkan hasil.

“Saya ingat Menteri Besar yang dulu telah empat kali membuat pengumuman antaranya nak rampas tanah dan macam-macam lagi tetapi satu pun tidak menjadi,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan Polis Kedah akan mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya melarang penanaman pokok ketum di tanah milik penduduk dalam usaha mengekang penyalahgunaan tumbuhan tersebut dalam kalangan rakyat negeri itu yang semakin membimbangkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI