fbpx

Werner kritik keras benteng Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kiri) meledak dua gol tetapi gagal membantu Chelsea mencatat kemenangan apabila sekadar terikat 3-3 pada aksi menentang Southampton kelmarin. – AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Timo Werner menyuarakan kekecewaannya apabila sekadar seri 3-3 menentang Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.

Meskipun mendahului per­lawanan 2-0 pada 30 minit pertama perlawanan menerusi ja­ringan Werner, namun The Blues gagal mempertahankan kedudukan itu apabila melepaskan dua gol gara-gara kesilapan pertahanan.

Bagaimanapun, Chelsea kembali berada di depan menerusi jaringan Kai Havertz tetapi The Saints berjaya menyamakan ke­dudukan pada penghujung perlawanan hasil jaringan Jannik Ves­tergaard.

“Kami bermain baik pada separuh masa pertama sehinggalah Southampton menjaringkan gol. Sepatutnya kami tidak boleh lepaskan gol ketika perlawanan sudah hampir ke waktu rehat.

“Selain itu, kami juga terlalu memberi ruang kepada mereka untuk menjaringkan gol,” ujar Werner.

Pemain antarabangsa Jerman itu juga menyindir kerapuhan benteng The Blues kerana sudah melepaskan banyak gol dalam saingan liga musim ini.

“Dalam tiga perlawanan ter­akhir, kami sudah lepaskan enam gol. Jika Chelsea sering melepaskan gol, kami bukan sahaja tidak boleh memenangi perlawanan, malah akan terlepas gelaran juara,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI